Tuesday, August 27, 2013

P Ramlee

Keperitan yang ku rasai
Tangisan hati yang tidak terzahir
Jeritan batin yang tidak didengari

Tatkala ku terpandang seraut wajahmu
Tatkala suaramu menyapa gegendangku
Filem-filem mu menjadi pengubat rindu
Lagu dendanganmu ku layani, sayu
Alangkah bahagianya jika dapat aku

Bersua denganmu
Mendengar celotehmu
Gemersik suaramu
Hilai tawamu
Lesung pipitmu
Ah, sungguh aku rindu!

Kau jadikan sandiwara duniawi
Sebagai pentas untuk dikau berkarya
Alangkah bahagianya jika kita kan bisa bersua

Namun,
Ku mengerti
Tempatmu bukan di sini
Perjuanganmu sudah terhenti
Dikau kan lama sudah pergi

Walaupun perit kenyataan ini
Kami akur dengan janjimu pada Ilahi

Kata-katamu terngiang-ngiang di telinga ini
Tersemat rapi di hati
"Aku ingin hidup seribu tahun lagi"

Ingin ku jeritkan padamu
Bahawa Tuhan mendengar doamu
Engkau sudahpun hidup seribu tahun
Melalui ceteramu,
Melalui karyamu,
Melalui lawakmu,
Melalui kisahmu.

Jantungmu masih berdegup
Jiwamu masih bersama
Lagenda dunia,
P Ramlee.



No comments:

Post a Comment